- New Me Admin
Cuckoo, Fitness Zone jalin kerjasama
Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Cuckoo hari ini menandatangani memorandum persefahamam (MoU) bersama Fitness Zone di premisnya di Kiulap, bagi menjayakan Cabaran Transformasi ‘New Me’ yang akan diadakan bermula pada awal April nanti.
Pengurus Besar Fitness Zone, Michael Abacan mengucapkan terima kasih kepada Cuckoo kerana menyokong acara itu dan menyeru orang ramai menyertai acara tersebut. Manakala Pengarah Pemasaran Cuckoo, Hui Ting Wong berkata, “Apabila menyentuh mengenai kesihatan, kami percaya semua orang layak mendapat yang terbaik tanpa pengecualian.
“Cuckoo Brunei gembira untuk menjadi rakan kongsi Fitness Zone bagi mempromosikan idea menggabungkan kehidupan yang sihat dengan kecergasan,” tambahnya.

4 views0 comments